Pengalam Bersalin Anak Ke-4 Afiq Ayden

Pengalaman bersalin anak ke empat.

Syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipermudahkan bersalin kali ni. Masih memilih Hospital Ampang untuk bersalin kali sebab pengalaman sebelum ni semua tip top kat sini tp banyak improvement kalo nak compare dengan previous anaks (atau mmg skrg system or cara kerja hospital ampang dh upgraded)

EDD sepatutnya 26/12/2019 tapi disebabkan GDM on ubat so kena cepatkan 2 weeks. Asalnya takde sampai kena makan ubat, tapi disebabkan ada kes which is kenalan anak lahir besar sampai masa nak bersalin anak sangkut bahu terus letak bacaan tinggi and doc on ubat terus. Sepatutnya kena serah diri 12/12/2019 untuk di induce/paksa bersalin tapi seminggu sebelum rasa mcm mild contraction bila baby kerap mengeras. 

1st time pergi PAC Hospital Ampang 1doc check baru 2cm, then mereka suruh balik dulu kalo ada tanda yg sepatutnya baru datang balik. So I is pasrah, balik and buat exercise semua bagai. 10/12/2019 cakap dekat suami rasa mcm nak pergi hospital sebab kerap sangat baby mengeras and tak selesa. Drive sendiri pergi hospital... sblm pergi hospital, pergi jenjalan dulu kat tesco ampang dengan harapan ada bukaan and tak perlu balik rumah. Punya tak sabar nak bersalin awal kan. Lepas maghrib drive pergi hospital ampang, doc check jalan 3-4cm then kena admit.  

Sepanjang hari dekat wad just rilek2 nasib tak kena seluk banyak kali just bila doctor round petang dia check dah 4cm then tolak LR. Dari pukul 5 ptg kata tolak labour room akhirnya pukul 1 pagi baru masuk. Husband plak baru je balik masa nurse tolak LR. Dalam hati redha je la bersalin sendiri sebab kesian husband terkejar2 jaga diri sendiri, anak2 kat rumah n bini plak nak bersalin... Masuk LR je dah mula nebesnya. memula doc check jalan confirm 4cm then dia pecahkan air ketuban... everything seem so smooth tetiba nurse masuk then cucuk something kat tangan. Dalam hati mcm ku kenal benda ni, dah doa nak bersalin awal sebab taknak induce tapi kena juga. tanya nurse kenapa kena induce? dia cakap awak nak tggu sampai bila baru bersalin..so redha. 5 mins mcmtu dah mula sakit, punya pegang besi katil sampai tempat masuk air tu bengkak panggil nurse dia tukar sebelah lagi tangan bayangkan tengah sakit2 tu. btw, masa doc pecahkan air ketuban, sempat msg suami and dia kata nak dtg, alhamdulillah ada peneman akhirnya. tak habis pun drip induce dah mengelupur2 sakit. suruh suami panggil doc check jalan, doc kata baru 5cm dia estimate lagi 2 jam akan bersalin. dia keluar sakit makin menjadi2 suh dia panggil nurse plak, nurse tgk bacaan contraction dia panggil doc, tp kalo ni doc lain yg lbh senior, dia check jalan dia kata dah boleh bersalin and boleh teran bila rasa contraction. bayangkan within 5 mins doc A ckp lain doc B cakap lain. Yang kelakar, bila doc dh standby nak menyambut, takde contraction so kitaorg semua mcm krik2 sekejap... hahahahaha... rasa je contraction iols teran sekuat hati sampai baby keluar. Akhirnya 4.20am lahirlah putera ke4 3.13kg baby boy... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... masa nak teran doc or nurse tak gunting tapi banyak koyak mungkin sebab cara teran yg tak betul. walaupun anak ke4, mcm belum reti lagi.. sebab masa sakit nak teran tak boleh bawa bincang.


Alhamdulillah, semua doa untuk tempoh beranak ni semua dipermudahkan and yang paling happy since serah diri kat PAC Hospital Ampang sampai la baby discharge, dapat nurse and doctor perempuan sahaja. Rezeki betul. So sebagai seorang ibu, mama doakan afiqakanmembesar dengan sihat dan semua benda yang baik2 sahaja. InsyaAllah.


Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife