Posts

Showing posts from May, 2014

yg mana satukah menjadi pilihan kalbu....

Assalammualaikum... kepala tengah runsing sebab tak tahu nak pakai set berpantang apa. Dalam kepala memang antara set berpantang nona roguy which saya pakai masa anak pertama and set berpantang anugerah. Konon nak cuba eventho testimoni untuk set berpatang anugerah tak sekencang testimoni yg kita boleh dpt untuk produk nona roguy. untuk set nona roguy ni memang terbaik la. Saya lost 20kg dalam tempoh berpantang 44 hari. Susu pun meriah. Luka jahitan pun cepat sembuh. Harga pun takde la mahal sgt pun. tapi yg membuatkan berbelah bahagi sbb set berpantang anugerah mcm lengkap ada mcm2. Cuma tahap keberkesanan belum diperakui... hehehe... takpe la saya masih 35 weeks skrg, InsyaAllah masih ada masa nak decide... semoga mendapat petunjuk.....

May 2nd, 2014...genap 2 bulan arwah ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya, Al-Fatihah.

Image
Assalammualaikum dan Salam Jumaat, Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan bernafas dibumi Allah SWT. Hari ini, genap 2 bulan arwah ayah meninggal dunia. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku merindui arwah ayah dan arwah mama. Walaupun 1001 alasan untuk berasa kesal atas pemergian arwah berdua dalam tempoh yang amat singkat dan mengejutkan, tapi aku tetap bersyukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa yg sangat penyayang dan bagi aku merekalah anugerah yg terbaik. Pusara arwah ayah... Al-Fatihah. Syukur Alhamdulillah, pagi tadi, sempat pergi menziarahi pusara arwah ayah dan arwah mama. Walaupun aku seorg jobless, tapi masa tak mengizinkan aku kerap untuk menziarah pusara mereka. 2 factor yg jelas dan nyata dengan keadaan aku yg sedang sarat mengandung dan aku yg tinggal jauh. Kalo ada kesempatan, pasti aku akan menziarahi pusara mereka. Mungkin tidak semua orang dapat merasai kepedihan dan kesedihan yang kami adik beradik alami