Posts

Showing posts from June, 2014

oh my pantang

Assalammualaikum... alhamdulillah, hari ni merupkan hari ke 36 aku berpantang. Kalo ikutkan takdelah berpantang sgt. Aku berpantang dirumah arwah mama. 14/05/2014 jam 1.45petang lahirlah putera keduaku. Syukur alhamdulillah. ALLAHSWT telah permudahkan semuanya. Sehari sblm tu, lebih kurang pukul 10pagi dh mula keluar tanda (lendir bercampur darah) tetapi dlm kuantiti yg sgt sket. Aku assume aku penat sbb sebelum tu berhempas pulas mengemas rumah. Ketika nk solat maghrib tetiba anak sulungku berlari ke arahku dan bkata " mama yak" terbantut nk solat lgsg menukar lampin. Selepas basuh dan hendak mengangkat anak le atas katil, tersembur air bercampur darah yakini air ketumbanku sudah pecah. Ku teruskan niat utk memakaikan lampin anak dalam keadaan nebes tp belagak steady. Mlm itu kebetulan suami balek slps solat maghrib di surau. Terus ku kabarkan pada suami tp menyuruh suami solat isyak disurau. Kesempatan itu aku ambil mengemas brg2 keperluan. Slps suami balek dari surau