Wednesday, May 24, 2017

My induce labor kind of story

Entah knape nak sangat share pasal induce labor ni... Sebab bila baby tak kuar-kuar sampailah estimated delivery date or known as edd makin hampir aku gagah google almost everyday pasal induce ni... Memula takut... Pastu rileks... Pastu nervous... Eh eh eh mcm2 version cerita induce korang akan baca and perasaan ko pun mcm tak mentu yg tak tahu punca... Tapi yela bahagian masing-masing... Allah SWT dah atur perjalanan hidup kita ni... Setiap kehidupan atau kematian juga Allah SWT dah tetapkan...

Day 1 - 16/05/2017
Since kene menyerah diri kat hospital... Bolehlah take our own sweet time nak bersiap ke hospital... Lepas hantar anak g school and break1st... Barulah pergi ke hospital ampang. Duk kat sempadan cheras kajang sepatutnya kene pergi kajang tapi hospital ampang tetap dihati. Sampai kat PAC hospital ampang doc check dah 3cm tapi serious takde sakit ke apa. And the worst part is suddenly detect GBS (keputihan) teris doc ckp baby kene tahan wad 5 hari untuk completekan antibiotik. Mulut cakap ok. Hati gundah gulana sebab baru ingat kali ni boleh discharge terus. Masuk juga wad. Malam tu baru mcm rase mild contraction... Sgt mild ok...

Day 2 - 17/05/2017
Around pukul 8am doctor dtg seluk check dah 4cm... Pukul 10am doc pakar round dia check bukaan 5cm and dia suh masuk labor room... Ok pasrah walaupun takde rase sakit 😰😰😰... Then 1030am nurse tolak g labor room... Siap pakai ctg bagai doc dtg pecahkan air ketuban dalam pukul 11am... Start layan contraction 15minit sekali. Nurse cakap contraction skor 4 dia akan drip ubat supaya kuatkan contraction... Borak2 dengan encik hubs bla bla bla siap ckp dengab dia pergi la makan dulu sebab contraction masih boleh handle mcm takut lama je lagi and baik settlekan perut awal2 sebab dah masuk tghari. Sebelum en hubs melangkah kuar nurse datang drip ubat seperti yg dia janjikan... Hubs takde, nurse takde tetibeee contraction menganas... 15minit tetibe shot 5minit sekali 1 minit and terasa non stop... Bgtau nurse taktahan nak pain killer dia cakap nak tgk jantung baby for 20minit dulu... Bgtau nurse no cant wait anymore sila tgk bukaan... Dia cakap baru 6-7... Nurseee tak tahan... Terus nurse suruh teran... And dpt green light terus teran tak ingat dunia... Dengan tiga kali teran yg nak putus nyawa... Lahirlah baby yg amat dinanti2kan... Alhamdulillah lahirlah putera ketiga pada 1338hrs @ 3.43kg... Syukur... Nurse ckp koyak byk... Part ni dh tak kesah sgt sbb yg penting baby dh selamat...

Sunday, May 15, 2016

Ammar turns two

Assalam n happy sunday morning,

Alhamdulillah smlm dpt buat simple  birthday ammar.

Happy birthday my dear son..

Wednesday, April 13, 2016

Melaka - JB (Part 1)

Assalammualaikum

1st day - day trip with family and friends at Melaka

Bertolak after subuh and meet point di RNR Seremban since hubs terlepas RNR Nilai. After makan konvoi 3 kereta menuju ke Melaka. Alhamdulillah perjalan lancar, kereta tak banyak mungkin sebab kitaorg kuar awal. Exit Ayer Keroh straight to pusat bandaraya.

While waiting for others - RNR Seremban 

Cendol Jam Besar
Sampai A'Famosa not much to do since cuaca naw2 panasnya. Lepas hajat makan Cendol Jam Besar since aku bukanlah peminat cendol belasah je la kan.

Peposing nak tempat reredup - A'Famosa Melacca
Our 1st pitstop at Melacca - Cendol Jam Besar


Restoran Asam Pedas Selera Kampung
Alhamdulillah, hajat nak makan kat kedai ni pun tertunai. Rupa-rupanya kedai yang kami makan ni 5 minit je dari A'Famosa. Makan untuk 7 adult and 5 kids total up RM110++ je padahal semuaorg makan mcm kebulur.

menjamu selera yang sangat menyelerakan - Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Pantai Klebang - Coconut shake
Teruskan perjalanan ke Pantai Klebang which is 30minit from our previous location. Most of us mengantuk+kepenatan since baru lepas makan. Sinve dah sampai nak tak nak gagahkan juga merasa coconut shake.
kepanasan


Pantai Klebang - Kuih Keria Antarabangsa
Yang ini mesti cuba! memang sedap and sangat puas hati... hahaha... padat and lazat.
After kuih keria kitaorg decide nak rehat2 kejap kat umah parent asrol. dapatlah anak-anak mandi and para dewasa recharge bateri. iols ambik peluang mentido lagi...

Kuih Keria Antarabangsa - Pantai Klebang


Pantai Klebang - Cendol Gula Melaka
Since cuaca yang panas naw2 aku decide taknak makan tapi sempat rasa orang lain punya and boleh dikatakan yang ini antara cendol yang sedap and kalo jenjalan kat melaka bolehlah cuba. tapi kena sabar menantilah ya!

Itu lah last point kitaorg hangouts sesame sebab salah sorg dari kitaorg preggy dah tak larat. utk tidak membuat keadaan bertambah keruh kitaorg bersurai dan aku sekeluarga meneruskan perjalanan ke JB yang lain balik ke KL

JB here I come!!!

to be continue.... Part 2



Monday, March 21, 2016

KL - Kedah - Penang - KL (Part 1)


 Assalammualaikum...

Kali ni nak share trip ke Yan, Kedah.... Bismillah...


Akhirnye trip yang telah di Plan beberapa lama dapat dilaksanakan....

Mesyuarat tingkap sebelum trip
Di Restoran Little Rara (Bukit Bintang)


1st day...

Lupa kat RNR mana tah... singgah solat
kids are so happy
bertolak dari rumah lepas subuh terus ke destinasi tanpa menunggu yang lain. Perjalanan sangat lama sampai 7 jam sebab tersangkut jam kat terowong Ipoh lebih kurang sejam lebih. Sampai ke destinasi since yang lain tak sampai lagi, kasi anak-anak berendam kat swimming pool sebab perjalanan tadi yg sangat lama dan panas.


swimmin time
happyyy kids!!!

 Petang, perut dah lapar kitaorang pergi Kedai Puaka ni... signboard kemain banyak naw2... good marketing strategy..
Restoran Puaka - antara menu makanan yang berpuaka

Restoran Puaka - antara minuman yang berpuaka
Lepas makan kat Puaka, kitaorg pergi pasar beli barang-barang untuk BBQ... inilah hasil tangkapan kitaorg...

actually semua kenyang lagi... byk bnda makan tak habis

Sebelum balik, sesi bergambar....
ber'wefie' sebelum meninggalkan zamani's place
Overall, Zamani's Place a nice and pleasant place to stay. Sangat private, clean dan selesa.
Insya Allah, kalo ada rezeki boleh datang lagi!!!

Meneruskan perjalanan ke PENANG! Penang here we come!!!

to be continue... Part 2

Tuesday, March 8, 2016

coretan

Tidak menyalahkan mereka yang steroid type kerana mereka tidak berpeluang untuk merasainya

Cuba untuk mengajak khuatir dengan kata-kata.

Cuma hanya mampu untuk terlihat dengan perbuatan.

In sya Allah terus beristiqomah...

Ya Allah SWT, permudahkanlah.


Tuesday, November 17, 2015

1 YEAR!


Alhamdulillah & syukur. 1 year with current company and hope for more good vibes!

Monday, November 16, 2015

Shell Out!

Assalam dan selamat pagi...

Semperna husben balik dari keluar 40 hari  and our kta-kita aje gathering...

Dengan budget RM30.00 satu couple (4 couple) kitaorg dapat seperti dalam gambar dibawah...