oh my pantang

Assalammualaikum...

alhamdulillah, hari ni merupkan hari ke 36 aku berpantang. Kalo ikutkan takdelah berpantang sgt. Aku berpantang dirumah arwah mama.

14/05/2014 jam 1.45petang
lahirlah putera keduaku. Syukur alhamdulillah. ALLAHSWT telah permudahkan semuanya. Sehari sblm tu, lebih kurang pukul 10pagi dh mula keluar tanda (lendir bercampur darah) tetapi dlm kuantiti yg sgt sket. Aku assume aku penat sbb sebelum tu berhempas pulas mengemas rumah. Ketika nk solat maghrib tetiba anak sulungku berlari ke arahku dan bkata "mama yak" terbantut nk solat lgsg menukar lampin. Selepas basuh dan hendak mengangkat anak le atas katil, tersembur air bercampur darah yakini air ketumbanku sudah pecah. Ku teruskan niat utk memakaikan lampin anak dalam keadaan nebes tp belagak steady. Mlm itu kebetulan suami balek slps solat maghrib di surau. Terus ku kabarkan pada suami tp menyuruh suami solat isyak disurau. Kesempatan itu aku ambil mengemas brg2 keperluan. Slps suami balek dari surau kami terus menuju ke rumah arwah mama bg menghantar brg2 dan anak sulungku bg mereka jaga. Sebelum le hospital aku mengajak suami makan terlebih dahulu sbb mengikut pengalaman sblm ini, dsebabkan aku ada kencing manis, hoapital bagi sekeping roti saje. Sampai kedai makan aku oda nasi goreng dan milo kosong. Tgh makan kakak no 2 dtg ke kedai bagi bertanya kabar dan menghulurkan sedikit belanja. Terharu sgt. Lebih kurang pkul 10 mlm aku dan suami sampai ke hospital menyerah diri. Bukaan baru 2cm. Tapi aku terpaksa admit since air ketuban dah pecah. Disebabkan wad penuh, aku dan suami terpaksa menunggu. Lebih kurang jam 12 mlm baru aku ditolak ke wad. Mild contraction mula aku rasai lebih kurang pukul 10 pagi. 1130 contraction mula makin kerap kurasai.1230 aku ambil keputusan utk check bukaan, nurse memberi tahu bru 6cm aku di suruh menukar baju. Aku ditolak berdekatan dengN kaunter nurse sbb labour room yg penuh. Selepas ditolak, ku rasekan makin tak tertahan lg kesakitan. Nurse memberitahu jgn teran, mane mungkin aku perjudikan diri sndiri meneran di wad bukan dibilik bersalin. Aku beritahu yg aku rase mahu bersalin sgt2. Kemudian nurse mengalah dan sekali lg memeriksa bukaan, kali ini sudah 9cm! Dengan katil wad, nurse kelangkabut menolak aku ke labour room, setiba di labour room, tidak sempat munukar katil, dengan 2 kali teran, aku selamat melahirkan anak kedua. Syukur alhamdulillah, Allah permudah segala urusan.

Masa anak pertama, tiada pula darah bantal yg keluar, kali ini sudah 2 darah bantal yg keluar. Tersa ringan badan berbanding melahirkan anak yg pertama. Yang ketiga? Tggu la rezeki dari Allah SWT. kerana Dia lbh mengetahui, sbg hambaNya, aku hnya menerima.


Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife