May 2nd, 2014...genap 2 bulan arwah ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya, Al-Fatihah.

Assalammualaikum dan Salam Jumaat,

Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan bernafas dibumi Allah SWT. Hari ini, genap 2 bulan arwah ayah meninggal dunia. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku merindui arwah ayah dan arwah mama. Walaupun 1001 alasan untuk berasa kesal atas pemergian arwah berdua dalam tempoh yang amat singkat dan mengejutkan, tapi aku tetap bersyukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa yg sangat penyayang dan bagi aku merekalah anugerah yg terbaik.


Pusara arwah ayah... Al-Fatihah.

Syukur Alhamdulillah, pagi tadi, sempat pergi menziarahi pusara arwah ayah dan arwah mama. Walaupun aku seorg jobless, tapi masa tak mengizinkan aku kerap untuk menziarah pusara mereka. 2 factor yg jelas dan nyata dengan keadaan aku yg sedang sarat mengandung dan aku yg tinggal jauh. Kalo ada kesempatan, pasti aku akan menziarahi pusara mereka.

Mungkin tidak semua orang dapat merasai kepedihan dan kesedihan yang kami adik beradik alami kerana bak kata org, kita tak akan memahami selagi kita tidak mengalaminya. Benar! Dulu aku pun begitu tidak berapa rase akan kesedihan yg ditanggung org lain bila kehilangan orang yg mereka sayangi sehinggalah aku alami sendiri.

Kehilangan kedua arawah ibu bapa aku telah mengubah banyak bnda dalam hidup aku kini. Biar aku sendiri yang tahu. Cuma apa pun berlaku aku masih bersyukur.

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife