Ammar tak sihat

Assalam, salam khamis...

Semalam genap sebulan bekerja... dalam kul 9 pagi terima call dari jiran which is babysitter for ammar bgtau ammar tak sihat... batuk makin teruk, muntah kahak and dada berombak...

So decided to go home walaupun hati gundah gulana sebab kerja tak confirm lagi.. still under probation 3 months. Hopefully management memahami and tak kan kasi alasan aku kerap cuti...

Jgn salah anggap, aku sayangkan anak aku, aku pun kene cari extra income untuk anak2 aku... tapi takpelah, bnda dah jadi so aku kene lebih berhati-hati in future...

Back to the story, aku pun bergegas balek rumah and terus bawa ammar pegi hospital kajang. Doktor check everything normal cuma kene ambik gas sbb nak mempermudahkan ammar bernafas. Paru-paru ammar kembang n tonsil bengkak... Sian dia... mmg aku careless... tp apa terdaya aku nak mengelak semua itu?

Bila balek aku tak kasi pun ubat yang doc kasi, cuma suapkan dengan madu dua kali, alhamdulillah ada nampak pengurangan... ini style aku, aku tak suggest pun kat org lain...

Aku hanya boleh berdoa agar anak-anak heroku akan sentiasa di beri kesihatan yang baik dan permudahkan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat, InsyaAllah...

Aku sayangkan anak-anak aku. Sekarang mama dan ayah dah takde untuk tempat aku bermanja. Selain suami, anak-anaklah tempat aku bermanja dan beri kasih sayang yg tidak berbelah bahagi.

Aku bersyukur. Terima kasih Allah SWT atas kurniaanMU.........

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife