My dad, My superhero.... i love you ayah!

Bismillahirahmanirahim...

Hari ni genap 10 hari arwah meninggalkan kami adik beradik selepas 7 hari arwah mama meninggal. Sungguh hebat tamparan serta dugaan yang kami terima. Masih bersedih atas pemergian arwah mama, giliran arwah ayah pula.

Hari ini begitu sensitif bagi aku, sudah beberapa kali aku mengalirkan air mata merindui kedua-dua arwah ayah dan mama. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata tapi hati ini sgt pilu dan hiba... perasaan bercampur aduk. Ya Allah berikanlah hambaMu ini ketabahan dan kekuatan bagi menrmpuh dugaanMu ini.



Ketika sekolah dulu, ayah selalu tiada kerana selalunya arwah akan ke luar negara mencari rezeki walaupun nasib jarang menyebelahi arwah. Semangat arwah yg kental dan susah untuk mengalah. Tapi arwah selalu mengambil berat ttg kami dan arwah hanya mahu ysng terbaik untuk keluarga kami.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife