Dalam kenangan... AL-FATIHAH

Assalammualaikum... Bismilahhirahmanirahim...

Pada 24/02/2014 lebih kurang pukul 7.45 pagi aku dikejutkan oleh husben mengatakan mama sudah tiada lagi. Ketika itu hati ini kosong. apa yang aku takuti telah pun terjadi. aku terus bergegas ke rumah mama. Hampir 1 jam 30 minit baru aku sampai kat rumah mama. Sesampai kati rumah, aku bergegas mendapatkan arwah. Ia ternyata benar aku dapatkan arwah mama sudah kaku tidak bernafas lagi. Pilu dan hiba sungguh perasaan ini. Mama pergi tanpa menunjukkan tanda-tanda mahu pergi cuma hanya mengadu sakit kaki sejak dua hari sebelum itu. Terkilan sungguh kerana tidak sempat berjumpa dan memohon maaf kat mama. Bayangkanlah aku dah jaga mama dari arwah dimasukkan ke hospital bulan Sembilan hingga saat akhir tapi pada ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, aku tak sempat berjumpa dengan dia.  Hingga kini, aku masih menganggap arwah masih hidup hanya pergi ke mane-mane. Sejak berhenti kerja dan menjaga arwah... mama bukan sekadar seorang ibu kepada aku... tapi segala-galanya.

Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.45 pagi ketika kakak dan adik lelaki ku hendak bersiap-siap ke pejabat. Perbualan terakhir arwah adalah bersama abg ipar dimana arwah menyuruh abg ipar ku mengosok kaki dengan minyak.

Alhamdulillah, kami adik beradik dapat memandikan jeazah bersama dengan deraian air mata. Semua urusan selesai jam 6.45petang  dan Alhamdulillah majlis tahlil malam pertama disempurnakan.

Keadaan ayah ketika itu juga lemah dan selesai majlis tahlil salah seorg uncle kami beritahu supaya menghantar ayah ke hospital ke esokkan harinya utk mendapat rawatan. Ayah bersetuju utk pergi dan ayah dimasukkan ke hospital KPJ Tawakal pada ke esokkan harinya.

Keadaan ayah beransur baik tetapi cuma kaki masih bengkak kerana terlalu byk nanah. Pada hari sabtu, doctor menyarankan ayah menjalani pemedahan kaki bagi membuang nanah di betis ayah. Ketika itu juga merupakan conversation terakhir aku ngan ayah. ayah di bedah pukul 2 petang. Ketika pembedahan, kakak ketiga ku menemani ayah. Doktor kata mereka terpaksa membuang urat keting ayah bagi melengkapkan pembedahan tersebut. Demi kebaikan, kakakku membenarkannya.

Keluar pembedahan ayah seperti biasa. Cuma selepas beberapa jam ayah semakin lemah dan didapati ayah banya k kehilangan darah. Pada mulanya ayah hanya dimasukkan di HDU selang beberapa jam dipindahkan ke ICU. Ketika mendengar ICU, aku dpt rasekan ayah tidak akan dapat diselamatkan. Namun aku hanya mampu berdoa memohon agar ayah selamat. Ketika berjumpa doctor pada malam tu pun doctor seperti mahu mengatakan tiada harapan tapi tidak terluah. Di ICU aku sempat menyatakan aku sygka arwah dan akan sentiasa mendoakan arwah.

Keesokkan pada jam 945 dihadapan kakak ke2 dan ke3 bersama suami ayah telah menghembuskan nafas terakhir.

Kami kehilangan ayah dan mama dalam tempoh seminggu. Sungguh hebat dugaan yang Allah SWT berikan kepada kami adik beradik. Semoga Allah SWT beri kekuatan dan menjadikan kami lebih tabah utk menempuh dugaan ini.


Kenagan arwah ayah dan arwah mama di salah satu favourite restoran mereka.... Al-Fatihah


Arwah ayah...
Ahmad Zakri bin Mohd Nor
22/10/1950 - 2/3/2014

dan Arwah mama...
Fatimah binti Said
08/06/1950 - 24/02/2014

Al-Fatihah

Aku amat merindui arwah berdua. Hanya doa dpt ku kirimkan buat mereka.... Tiada lagi gelak tawa atau usikkan dari arwah berdua... Mereka ibu bapa yang terbaik... Aku amat bersyukur dikurniakan ibu bapa seperti arwah berdua.

Masih menjadi igauan melihat tempat yang selalu aku bawa arwah...

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife