Pregnancy : 18 weeks

Assalammualaikum and halooo my diary...


Alhamdulillah... kandunganku sudah mencecah 18 minggu... semoga semua berjalan lancar dan baik-baik sahaja... InsyaAllah... Seperti ibu-ibu yang lain... Aku doakan anak yang aku kandungkan ini akan menjadi anak yg soleh/solehah, menghormati org tua/lain, menjadi seorang yg Berjaya didunia dan akhirat dsb... InsyaAllah

Minggu yang tersangat sibuk dan padat... masih tidak dapat mengatur masa dengan baik dan bijak... ahaks...

Nak buat luahan perasaan cket... manusia zaman skrg ni makin menjadi-jadi lupa diri/daratan... hehehe... kecewa betul ngan sikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan buruk/dosa yang bakal mereka tanggung kelak. Pasal bab agama takmo la sentuh lelebih sebab sedar akan kelemahan diri sendiri... takut mengata org tapi terkena batang hidung sendiri...

Tapi buat kamu yg pernah ku kenali, harap-harap cepatlah kamu sedar dari mimpi duniawi kamu dan berubah. Nikmat dunia hanya sementara dan tanpa engkau sedari kau telah menganiya orang lain. Aku tidak pernah melupakan jauh sekali memaafkan kau... tapi siapa aku untuk menghukum kau dengan membuka aib kau? Biarlah Allah SWT membalasnya.

Hidup ni, kita mahukan keberkatan. Sekiranya kau ingat kau sudah berada dipuncak kejayaan, kenang-kenanglah apa yang telah kau perbuat selama ini dengan sentiasa bersikap prejudis dan pentingkan diri sendiri.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon agar Engkau lembutkan hati si dia dan jadikanlah si dia manusia yang lebih berhati mulia... InsyaAllah... Amin...

Last bu not least, aku harap usaha kami akan berhasil dan mendapat keberkatan dengan izinMU Ya Allah... Amin...

Semoga kita berjumpa lagi ya!

Lots of love and take care.....!!!

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife