Mom & Wife

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan-MU Ya Allah. Amin.

Perasaan yang sukar digambarkan mahupun diluahkan dengan kata-kata untuk megambarkan perasaan aku sekarang. Aku amat bersyukur dengan apa pun yang aku nikmati kini walaupun tidak kaya dengan wang ringgit mahupun harta. Tapi harta yang tak ternilai iaitu suami dan anak tersayang.

Atif sihat setakat saat ini
Aku & fam pernah dikejutkan dengan berita yang agak merunsingkan
pada mula, bawa atif pergi klinik sebab atif kerap muntah/terjeluak
bila doktor check, doktor cakap 'mungkin' atif mengidap penyakit jantung berlubang
perasaan aku sukar digambarkan tapi cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku
lagipun, aku lihat atif tidak menunjukkan sebarang tanda seperti dia sakit atau apa
seminggu kemudian, ketika check 2 bulan, Doktor pakar mengesahkan atif sihat..Alhamdulillah

Husben pula cuma merungut sebab masa sangat terhad untuk bermanja dengan anak
sebab setiap hari aku akan bangun kul 5.30pagi bersiap-siap dan keluar rumah seawal 6 pagi
aku keluar pepagi bagi mengelakkan sangkut trafic jam lagipun mood Atif sukar dijangka
balek kerja pulak kul 5.30 kekadang lewat lagi...sampai rumah dalam kul 8 malam
Atif pula akan mula meragam 8.30malam dan 9.30malam waktu untuk dia tido

bab kerja rumah and financial, husben sangat bertolak ansur
bila ada anak, untuk berjimat, penat mcm mane pun aku hari tu, aku akan tetap masak

Tak sangka pulak, lepas deliver, aku dapat turunkan berat badan
masa kawin, berat 70kg, bila mengandung sebelum Atif deliver 82kg sekarang 63kg
tapi mcm mustahil je aku nak pergi berat masa mula-mula aku dan husben berkenalan iaitu 52kg
hahaha...aku rasa aku memang kene terima hakikat yang aku tak mungkin akan pergi ke berat itu lagi :(
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

saya suka..

problem with my SLEEP!