breastfeeding

Alhamdulillah

dapat juga aku curi2 masa mengupdate blog ni.

Alhamdulillah, aku masih fully breastfeed untuk 3 bulan. cerita pasal breastfeed ni, adakala susu banyak adakala nak dapat 6oz pun semput-semput. Tapi bagi aku, kalo kita terlalu stress, susu memang tak brape nak ada. Aku cuma amalkan minum milo setiap hari sebab ada sumber mengatakan, nak maintain susu badan , kita kene minum minuman yang mengandungi 'malt'. contoh minum yang ada 'malt' ialah milo dan ho..ho..holick...hehehe... masa mula-mula, susu badan sangat banyak sampai 17oz skali pam, skrg setakat 8oz-9oz sekali pam 2 kali sehari... tapi aku tetap bersyukur sebab masih boleh produce susu...

Orang cakap, breastfeeding ni banyak manfaat... antaranya

  • anak susah nak jatuh sakit sebab antibody kuat bila minum susu ibu ni mungkin benar sebab setakat ni, baby atif blum demam or whatsoever but in same time aku berdoa supaya anakku ini dijauhkan oleh sebarang penyakit and diberikn kesihatan yang baik.Amin
  • jimat $..hehe..ini aku semestinya setuju sebab ada satu insiden dimana aku kehabisan stok susu and terpaksa membeli susu formula. ya ampun, yang elok mahal deh harganya.
  • anak bijak... yg ini aku kureng kepastian sebab anak masih kecil so tak tau tahap kecerdikannya lagi.. but aku berdoa agar anakku dikalangan orang cerdik pandai dan akan menjadi manusia yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara, InsyaAllah
aku berterima kasih kat family aku & family in law sebab banyak support aku dalam aku meneruskan usaha breastfeed atif... 


Masalah atif sejak berusia 2 minggu ialah kembung perut. kesian aku tenggok keadaan anak bila dia muntah susu. Ada yang mengatakan, anak lelaki memang kuat kembung perut dan muntah susu. Tapi dari pemerhatian aku, bila atif minum susu, tak boleh terus burb atau kendong dia, dia perlukan rest & relaks.. huhuhu...

Lain orang, lain masalah dan ragam, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui.....



Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife