luahan hatiku pada hari ini

warning!!!
post yang amat panjang dan membosankan. sila scroll ke bawah / tekan button close sekiranya anda tidak berminat untuk membaca.

adakah aku terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan?

mungkin. sebab ada ketika aku akan menyesal dengan keputusan yang aku buat. Kadang kala, situasi memaksa untuk aku membuat keputusan dengan pantas. Oleh itu, aku akan membuat keputusan tanpa fikir panjang serta baik buruk keputusan yang aku buat. Bila keputusan dibuat tidak seperti yang diharapkan, aku akan berasa sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri. Siapa yang mampu menerima kekecewaan seikhlas hati? Ia akan berparut jua walaupun sedikit.

Bak kata orang, benda yang berlalu, biarkan ia berlalu, usah dikenang lagi. Tapi bila ia menberi impak/kesan terhadap diri sendiri, boleh ke kita lupakan begitu saja? mungkin tidak sekiranya ia memberi impak besar/negatif terhadap diri kita. Tidak mudah bukan? Suka atau tidak, kita terpaksa terima apa jua kesan dari keputusan yang kita buat sebelum itu. Setelah keputusan, kita tak lagi diberi pilihan. Pasrah dan redha dengan keputusan yang telah dibuat.

Jgn cuba beritahu aku, aku sorang je yang buat silap dalam muka bumi ini. TIDAK. obviously tidak. Cuma jenis kesilapan yang berbeda antara satu sama lain. Percayalah, sebenarnya aku sentiasa cuba menjadi insan yang lebih baik mahun pun terbaik dimata semua orang. Akan tetapi disebabkan kelemahan aku dalam membuat keputusan, kadang kala ia memakan diri sendiri walaupun pada kiraanku, aku telah pun membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Mungkin aku anggap ia terbaik/sesuai untuk diriku, tapi bukan pada orang lain. kerana pendapat kita berbeda antara satu sama lainkan? Benar bukan?

Ya. aku akui, aku jenis keras kepala. bukan mudah bagiku bagi mendengar bebelan atau pandangan orang lain. ye, aku always under estimate kebolehan orang lain. tapi apa boleh buat. itu aku, bukan mudah untuk mengubah yang selama ini menjadi sebahagian dari diri sendiri. Baiklah. aku akan cuba berubah lagi. Cuba menerima pendapat/pandangan orang lain. mungkin ada kebaikan mahupun kelebihan di situ. InsyaAllah. Aku hanya berdoa sentiasa dilindungi oleh-Nya.

kenapa aku sibuk berbicara mengenai keputusan? setelah aku amati, keputusan yang kita lakukan sebelum ini telah pun mempengaruhi hidup kita hari ini. Jelas aku telah buat banyak keputusan yang salah and terburu-buru. bila aku terfikir, dimanakah akal warasku ketika itu? tidak aku sayang pada diri sendiri mahupun pada orang-orang yang aku amat kasihi. Ini sekadar luahan hati aku, mungkin sekiranya aku luahkan pada yang lain, mereka akan berasa amat bosan. Oleh itu, telahanku, mungkin disini tempat yang paling tepat untuk aku luahkan.

Pasti! Aku akan belajar membuat keputusan yang lebih baik selepas ini. Pada sesiapa diliuar sana yang berkecil hati atas tindak tanduk aku yang slama ini boleh dianggap annoying, ampun dipinta. Serious! Aku jenis bila buat orang berkecil hati kita tidak sedari, apabila orang buat kita berkecil hati, kita akan ingat sampai bebila. Oleh itu marilah kita saling ingat mengingati. Jangan terus terlalu berbangga dengan diri sendiri.

Bagi rakan-rakanku, sekiranya kalian mahu menjadi rakan sejati, sila beri teguran/nasihat/pandangan secara terbuka kepadaku. Semoga dengan sepatah dua dari kalian dapat memberi impak yang besar bagi diri ini. InsyaAllah dengan izin dari-Nya. Tapi percayalah kalian semua, aku mahu berubah...berubah menjadi insan yang lebih baik.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
 
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
 
(Taha : 25,26,27)
+++ pls, guide me, tell me what to do and what I need to keep myself away from.




Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife