al-Fatihah

Salam

Semalam
13hb Sept 2011 pada 11.15pagi
setelah berapa lama bertarung nyawa dengan penyakitnya
salah seorang sedara saya atau lebih dikenali dengan panggilan Ustazah
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di IJN
Arwah merupkan salah seorang guru agama di salah satu surau di Ampang Jaya
27tahun yang lalu
Arwah berkenalan dengan nenek sedara(adik bongsu nenek belah ibu) saya, atau mesra di panggil
Nek Acik yang kerap ke surau ketika itu
Nek Acik telah mempelawa arwah untuk tinggal bersama-sama
kebetulan Nek Acik ketika itu tinggal bersendirian begitu juga dengan beliau

Ketika kecil, ayah dan mama akan menghantar kami adik beradik ke rumah Nek Acik
untuk dijaga dan menghadiri kelas mengaji sebelum kami ke sekolah kebangsaan
Pendek cerita, aku mula kenal Alif, Ba, Ta dengan mereka
Memandangkan kami di tinggalkan separuh hari di rumah tersebut
maka makan, minum dan mandi semua mereka jaga

kalo singgah ke rumah mereka
pasti pulang tidak tangan kosong
ada saja yang mahu diberikan kepada kami sekeluarga
alhamdulillah

arwah tidak hadir di majlis perkahwinan saya
kerana berada di Mekah ketika itu
tapi arwah ada beri pinjam beberapa barang untuk keperluan majlis perkahwinan saya
dan memberi set comforter sebagai hadiah perkahwinan

Arwah juga amat dikenali di kawasan perumahan di mana beliau tinggal
kerana dahulu, beliau merupkan 'orang kuat' surau disitu
bermacam-macam beliau lakukan
mengajar serta mendidik(sekolah agama)
ketika bulan puasa, arwah la yang menguruskan juadah berbuka termasuk bubur lambuk yang menjadi kegemaran kami sekeluarga
Arwah juga memang terkenal dengan teh tarik atau lebih dikenali sebagai 'teh lepak'
memang sangat sedap 'teh lepak' tersebut
kadang-kandang, sekiranya ada kenduri kendara, arwah akan membawa 'teh lepak' sebagai buah tangan

Kini,
semua hanya tinggal kenangan
semoga Arwah ditempatkan kalangan golongan orang yang beriman
kenangan bersama arwah akan kekal bersama

Walaupun saya tidak sempat melawat arwah sepanjang di IJN
saya tetap mengambil tahu perkembangan beliau
melalui keluarga yang pergi melawat arwah

"Ustazah, saya mohan maaf
segala kesulitan/salahsilap yang telah saya lakukan selama ini
Halalkan makan minum saya & keluarga selama ini
Terima kasih untuk segala-galanya"

al-Fatihah


amin

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife