Menu kegemaran husben

Menu : Asam Pedas Melaka




Bahan-bahan:
3 keping ikan pari
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm kunyit hidup
100g cili kering (dikisar
10gm belacan
2 kuntum bunga kantan
3 biji kacang bendi
Sedikit asam jawa ( campurkan air dan jadikan jus)
Beberapa tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Picture taken from Mr Google
 Penyediaannya:
1. Ikan pari dibersih dan di potong mengikut saiz yang anda suka. Ketepikan
2. masukkan minyak ke dalam periuk. Apabila minyak panas, tumis bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan cili kering yang telah dikisar. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air asam dan juga belacan.
4. Biarkan kuah tersebut mendidih kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, ikan pari dan akhir sekali masukkan bendi.
5. Sedia untuk dihidangkan.


Menu 2 : Sup Ekor Istimewa


Bahan-bahan :
1/2 kg ekor lembu
200gm bawang besar (dikisar)
15gm bawang putih (dikisar)
15gm halia (diracik)
3 bungkus punjut tulang
5 biji cili padi
1 biji buah tomato
5 keping cendawan (dicarik kasar)
limau nipis (diambik jusnya)
1 Jag beasr air
sedikit garam, serbuk perasa dan gula
Minyak untuk menumis
Picture Taken from Mr Google
Penyediaannya :
1. potong dan bersihkan ekor
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan bahan yang dikisar dan diracik hingga garing.
3. Masukkan air dan punjut sup - Biarkan mendidih.
4. Masukkan ekor dan rebus sehingga empuk.
5. masukkan tomato, cendawan dan cili padi.
6. Masukkan garam, serbuk perasa, gula serta air asam limau.
7. Biarkan mendidih selama 10 minit. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


Kredit Aniqah isu Februari 2011 Tahun 6 Bil 63


...tak sabar nak masak memasak untuk husben yang terchenta.. bak kata orang.. adalah bagus masak sendiri untuk suami.. air tangan isteri yang terbaik untuk suami.. skrg adalah tidak sesuai untuk saya memasak sebab tinggal ngan family lagi.. penangan memasak mama saya tiada tandingan.. terasa kerdil sekiranya untuk menunjukkan kehabatan di rumah ibu.. tak percaya mama saya pandai masak? tgk la hasil bentuk badan anak-anak ibu.. sehat-sehat orangnye.. huhuhu.. termasuk la saya.. gumuks.. malunyer!!!

tiap-tiap hari saya akan follow up ngan husben status pertukaran.. mungkin husben dh naik muak taoi dilayan aje saya dengan tanpa rase jemu! saya dh tak sabar untuk tinggal berdua ngan husben dan berlajar hidup berdikari.. selama nie semua bergantung pada mama untuk lakukan semua.. gosok baju pun maid yang buat lagi.. huhuhu..

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife