My love, my heart, my mother, my besrfriend and my soulmate

Simply amazing women... itu ungkapan yg tepat utk arwah mama...
sejak arwah dilahirkan pelbagai dugaan yg telah arwah lalui. Kalo ingat blk, mcm2 penyakitarwah dah alami tp arwah tak pernah mengeluh tapi hadapi dengan tenang. Begitu juga kalo arwah bhadapan ngan masalah. Arwah akam hadapi semua masalah dengan tenang. Arwah cukup istimewa. Membesarkan kami adik beradik seramai 5 orang yg umur beza hanya setahun seorang tnpa merungut tapi membesarkan kami adik beradik dengan penuh kesabaran dan kasih syg yg tak terhingga.

Dikalangan kami adik beradik tiada yg dpt mewarisi ketabahan, kesungguhan dan kecekalan arwah. Dia terlalu istimewa. Tiada yg dpt menganti tempat dan ingatanku terhadap arwah. Arwah menghidapi penyaki kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pingang... bulan 9 tahun 2013 doktor menyarankan arwah mama melakukam dialisis bg mengatasi masalah buah pingang yg arwah hidapi. Sejak itu juga aku brenti kerja bagi menjaga arwah. Sejak kebelakangan ini memang tahap kesihatan arwah sgt teruk kekdg terdetik dihati kalo arwah pergi akan berakhirlah penderitaan yg arwah tanggung. Tapi tak sangka ia menjadi kenyataan dengan terlalu pantas sehingga aku tak berkesempatan berjumpa arwah pada saat akhir hayatnya. Sungguh terkilan dan sedih ini kesudahan ini. Tapi pada hakikatnya aku pasrah kerana ikutkan tak sanggup melihat arwah menderita lebih2 lagi kesan dialisis spt kulit menjadi sgt gatal2 hingga kekadang arwah mengaru hingga berdarah2 kulit dan paling tak sanggup bila arwah susah nak tido pada malam hari.Arwah slalu ckp hati arwah tak tenahg bila maghrib menjelang. Kesiam sungguh sbb arwah terpaksa lalui dan tanggung semua itu. Kami anak2 hnya mampu mendengar dan tidak boleh berbuat apa2. Saat melihat arwah kaku di kerusi sedih hati ini melihat keadaan mama... dengan badan yg sgt kurus dan kelihatan mata yg sgt lesu kerana kurang rehat dan tido...



Ya Allah, Engkau tempatkanlah arwah dikalangan orang beriman dan ahli syurgaMu Ya Allah.

tiada lagi gelak tawa dan sindiran dari arwah yg semestinya menjadi kenangan yg paling terindah. Mama, kea sayang dan rindukan mama. Hanya doa yg dpt kea kirimkan buat mama disana. Semoga roh mama tenang disana... InsyaAllah...
Al-Fatihah.... amin

Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife