Hari-Hariku yang membosankan

Assalammualaikum WBT

Alhamdulillah, sejak mama keluar dari hospital setelah ditahan diwad selama 10 hari akibat penyakit yang masih menjadi teka teki, belum dengar lagi mama cakap dia sakit perut atau sebagainya
Itu yang aku doa setiap kali selepas solat agar Allah SWT menyembuhkan mama dari penyakit yang dia tanggung dan diberikan kesihatan yang baik..InsyaAllah
Aku tak boleh lalai dan InsyaAllah akan terus berdoa agar keadaan mama akan berterusan baik-baik sahaja sampai bila-bila

Keadaan aku pun Alhamdulillah baik-baik sahaja
cuma bila tak bekerja ni, aku kerap kebosanan dan mengalami kemurungan
Memang sepatutnya macam-macam boleh aku lakukan
tapi seperti tiada semangat untuk melakukan apa-apa
rutin yang sama aku lakukan setiap hari
hari berlalu begitu sahaja..hurm...
sebelum berhenti kerja, macam-macam aku plan nak buat untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan yang sememangnya akan berkurangan
melihat keadaan sekarang, plan tu semua aku terpaksa lupakan!

Hari berganti hari
Moreless lagi sebulan akan sampai hari EDD
dan makin hari simpanan makin berkurangan untuk menampung kehidupan
boleh ke aku harapkan pertolongan orang lain? takut betul memikirkan keadaan ni
aku harap aku boleh terus tanpa sebarang masalah atau kesulitan selepas bersalin
Cuma aku harap, aku akan kembali seperti sediakala selepas bersalin dan boleh mula berkerja secepat mungkin untuk mendapat pendapatan bagi menampung kehidupan yang mendatang



Popular posts from this blog

saya suka..

sakit.gusi

Mom & Wife