My Deliver Story

Assalammualaikum
dah lame rasenya tak update apa-apa kat blog
rinduuu sangattt!!!

Alhamdulillah, dengan izin dari Allah SWT, sebulan lalu iaitu pada 26hb June 2012 pada jam 1417, aku telah selamat melahirkan seorg anak lelaki seberat 2.7kg secara normal. Aku amat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku supaya segala urusan dipermudahkan.

Sejak mengandung lagi, aku dan suami telah mencari nama untuk diberikan kepada anak yang bakal lahir itu pun selepas membuat imbasan/scan untuk mengetahui jantina anak kami. Kami suami isteri telah bersetuju untuk memberi nama Ahmad Atif yang membawa maksud penyayang.

Aku juga ingin berkongsi, saat atau ketika aku ingin melahirkan putera sulungku. Sehari awal iaitu pada 25hb June 2012, aku masih membuat rutin check up di Klinik Ibu dan Anak Kg Pandan. Selepas check up, aku dah berjanji dgn Nabihah untuk pergi ke suatu tempat untuk menyelesaikan sedikit urusan. Suami Nabihah, Asrol ada bertanya, adakah aku masih tak merasa sakit pingang? Aku beritahu sudah masuk 2 hari aku sakit pinggang, dia pun cakap tak lame la tu mungkin esok aku akan bersalin. Aku juga sempat ke ofis untuk berjumpa Tya. Di kesempatan itu, aku meminta maaf kepada kawan-kawan yg sempat aku jumpa. Selesai urusan aku bersama Nabihah, blk kerumah parent aku dan minta izin suami untuk bermlm di situ sbb esok aku akan pegi berjln2 bsama ibu n kakak untuk memenuhi nafsu mkn aku yg tak habis2 mengidam.
Lebih kurang 1 pagi, aku terjaga dari tido and terasa mahu ke tandas, bangkit dari katil, aku terasa baju yg aku pakai basah dan menganggap aku terkucil ketika tido. Pantas aku ke tandas, setelah aku selak aku, aku dapati darah di bahagian paha. Terus terpancul,sudah tiba masanya! Terus aku call husband yang kebetulan baru nak tido bgtau yang air ketumban dh pecah dan agar dia segera ke rumah pandan. Selepas menghubungi suami, aku kejutkan pula mama dan memberitahu air sudah pecah... bila aku keluar dari bilik dapati adik aku masih belum tido dan memberitahu keadaan aku. Tak sampai 5 minit keadaan rumah menjadi terang dan semua terjaga. Dalam kekalutan, aku mencari pad/tuala wanita utk menampung air yang tak henti-henti mengalir. Lebih kurang 15minit suami tiba bersama abg ipar. Kitaorg terus ke Hospital Ampang. Selepas pemeriksaan, aku ditahan di wad selain waterbag dh pecah, bukaan pun sudah 3cm. Semasa diwad, katil aku bersebelahan dengan tandas dan dekat dengan jam. Perasaan ketika itu bercampur baur sehinggakan sukar untuk melelapkan mata. Mata tak henti2 melihat jam. Contraction pertama aku rasakan pada pukul 3 pagi. setiap 15minit, contraction akan menyerang. Lebih kurang pukul 7, 2 nurse datang untuk check bukaan. bukaan dh 5cm. terus masuk labour room. Y

Sepajang berada kat labour room aku sgt bersyukur sebab suami sentiasa disisi. I just cant imagine without him beside me especially time mcm tu. He's very helpful and calm. I love you even more my dear husband.

Okay, here come the scary part. Aku decide nak pergi hospital, because I belive I broke my water bag... and suddenly, 3 doctor came in and without asking anything, they try to broke my water bag AGAIN! so my nightmare start at this moment... doktor masukkan satu batang dan suruh batuk. Doktor repeat 3 times yg aku nampak blood mula keluar dan its so painful. Another doktor try the same thing and after seluk with her hand, she can feel kepala baby. Then only the excellent doctor read something at the computer and found out yang my water bag memang dah pecah! moral of the story? Arghhh takmau ingat!!!

After struggle ngan contraction for almost 12 hours, few sisters came in and cakap among them yang dah nampak kepala baby and I can deliver now. After 3 push, Alhamdulillah aku selamat bersalin.
Husband so excited and claim berbaloi dia tunggu sampai baby keluar. We both so happy!!!
Here goes the second nightmare. Memang aku boleh rase, bila aku sibuk push nak kuarkan baby, sister ada gunting bahagian tersebut. After deliver, of course mereka akan menjahitnya semula. Yang menjadikan nightmare ialah dia bius, then jahit. After sometimes, sister cakap something left inside and dia buka balek jahitan tadi then beria mencari benda yg tertinggal and of course jahit lagi skali. Mereka buat mcm jahit baju je boleh buka then jahit balek. Ouchhh, ni pun tak nak ingat lagi.
disebabkan aku ambik gas, aku agak mamai after deliver sampai hospital provide makanan pun aku tak jamah. yang aku tahu, aku nak tido..hahaha

Would like to thanks each and everyone yang datang melawat masa kat hospital. Sedikit sebanyak memberi kegembiraan after nightmare di labour room tadi. So sampai malam baby langsung tak breastfeed, panggil nurse and suddenly nurse bgtau baby kene tahan kat NICU sebab doktor nak check. Rupa2nya, baby terminum little bit of air ketuban. So doktor terpaksa tahan dia selama 48hours untuk keluarkan balek air yg baby terminum and bagi few ubat. Cukup 48hours, baby kene kuning/Jaundis. So kene tahan another 1 day. Tapi bila dah duduk kat NICU, aku bersyukur sebab ada baby lain yang kurang bernasib baik eventho bila borak with other patient  ada yang terpaksa duduk kat situ for 10 days or more.

Hari ke3, Alhamdulillah baby dah boleh keluar. My MIL come all over from terengganu to see her grandson and live with us almost 4 days. About a week, aku pula balek terengganu sambung berpantang kat sini sebab my mom suddenly tak sihat and unable to took care of me and baby. So so so sad...sob sob!

But Alhamdulillah, hampir 3 minggu kat Terengganu, aku rase okay. Each and everyone being so helpful dalam menjaga baby. Cuma, masalah dengan diri sendiri. Aku takut dengan diri dan tak yakin dengan hal berkaitan ngan baby. But trust me,aku sedang belajar and try to be the best mother for my own son.

Ahmad Atif
Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat-MU
Ya Allah, ENGKAU berikanlah kesihatan tubuh badan yang baik kepada anakku
Aku mohon, ENGKAU jauhkanlah anak aku dari sebarang penyakit
Jadikanlah anak aku, anak yang soleh, menghormati orang tua dan budi pekerti yang baik
Amin

Popular posts from this blog

BFF wedding and hangouts

Menghitung Hari...

Doa Buat Suami....