My Deliver Story
Assalammualaikum dah lame rasenya tak update apa-apa kat blog rinduuu sangattt!!! Alhamdulillah, dengan izin dari Allah SWT, sebulan lalu iaitu pada 26hb June 2012 pada jam 1417, aku telah selamat melahirkan seorg anak lelaki seberat 2.7kg secara normal. Aku amat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku supaya segala urusan dipermudahkan. Sejak mengandung lagi, aku dan suami telah mencari nama untuk diberikan kepada anak yang bakal lahir itu pun selepas membuat imbasan/scan untuk mengetahui jantina anak kami. Kami suami isteri telah bersetuju untuk memberi nama Ahmad Atif yang membawa maksud penyayang. Aku juga ingin berkongsi, saat atau ketika aku ingin melahirkan putera sulungku. Sehari awal iaitu pada 25hb June 2012, aku masih membuat rutin check up di Klinik Ibu dan Anak Kg Pandan. Selepas check up, aku dah berjanji dgn Nabihah untuk pergi ke suatu tempat untuk menyelesaikan sedikit urusan. Suami Nabihah, Asrol ada bertanya, adakah aku masih tak merasa sakit