Posts

Alhamdulillah... Yay, I'm officially working!

Syukur Alhamdulillah... Yeay... now I'm officially working now!!! Stakat ni dah dpt 3 offer.. Offer A HR Executive (Contract 2 months) Salary : RM2,000.00 Location : Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Offer B Admin Assistant (Permanent) Salary RM : 2,000.00 plus Parking allowance RM 100.00 Location : Jalan Klang Lama Offer C HR Admin (Contract 3 months) Salary : RM 1,900.00 plus Parking allowance RM 170.00 Location : Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Baru keje dua hari kat Offer A, dapat call keje kat Offer B, baru keje 1 hari kat Offer B dapat Offer C. Dalam byk2, dream job is Offer C. I remain dgn Offer B. Reason sbb dekat dgn rumah 30 mins driving. Start keje 745pg balik 445... Semoga urusan aku utk keje di Offer B ni akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT, InsyaAllah... Baru start keje ammar pula tak sihat... sian dia... semoga dia cepat sembuh mama nak work... utk keluarga kita ya syg... Fokus skrg keje elok2 dan dapatkan tawaran lebih baik....

oh my pantang

Assalammualaikum... alhamdulillah, hari ni merupkan hari ke 36 aku berpantang. Kalo ikutkan takdelah berpantang sgt. Aku berpantang dirumah arwah mama. 14/05/2014 jam 1.45petang lahirlah putera keduaku. Syukur alhamdulillah. ALLAHSWT telah permudahkan semuanya. Sehari sblm tu, lebih kurang pukul 10pagi dh mula keluar tanda (lendir bercampur darah) tetapi dlm kuantiti yg sgt sket. Aku assume aku penat sbb sebelum tu berhempas pulas mengemas rumah. Ketika nk solat maghrib tetiba anak sulungku berlari ke arahku dan bkata " mama yak" terbantut nk solat lgsg menukar lampin. Selepas basuh dan hendak mengangkat anak le atas katil, tersembur air bercampur darah yakini air ketumbanku sudah pecah. Ku teruskan niat utk memakaikan lampin anak dalam keadaan nebes tp belagak steady. Mlm itu kebetulan suami balek slps solat maghrib di surau. Terus ku kabarkan pada suami tp menyuruh suami solat isyak disurau. Kesempatan itu aku ambil mengemas brg2 keperluan. Slps suami balek dari surau ...

yg mana satukah menjadi pilihan kalbu....

Assalammualaikum... kepala tengah runsing sebab tak tahu nak pakai set berpantang apa. Dalam kepala memang antara set berpantang nona roguy which saya pakai masa anak pertama and set berpantang anugerah. Konon nak cuba eventho testimoni untuk set berpatang anugerah tak sekencang testimoni yg kita boleh dpt untuk produk nona roguy. untuk set nona roguy ni memang terbaik la. Saya lost 20kg dalam tempoh berpantang 44 hari. Susu pun meriah. Luka jahitan pun cepat sembuh. Harga pun takde la mahal sgt pun. tapi yg membuatkan berbelah bahagi sbb set berpantang anugerah mcm lengkap ada mcm2. Cuma tahap keberkesanan belum diperakui... hehehe... takpe la saya masih 35 weeks skrg, InsyaAllah masih ada masa nak decide... semoga mendapat petunjuk.....

May 2nd, 2014...genap 2 bulan arwah ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya, Al-Fatihah.

Image
Assalammualaikum dan Salam Jumaat, Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan bernafas dibumi Allah SWT. Hari ini, genap 2 bulan arwah ayah meninggal dunia. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku merindui arwah ayah dan arwah mama. Walaupun 1001 alasan untuk berasa kesal atas pemergian arwah berdua dalam tempoh yang amat singkat dan mengejutkan, tapi aku tetap bersyukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa yg sangat penyayang dan bagi aku merekalah anugerah yg terbaik. Pusara arwah ayah... Al-Fatihah. Syukur Alhamdulillah, pagi tadi, sempat pergi menziarahi pusara arwah ayah dan arwah mama. Walaupun aku seorg jobless, tapi masa tak mengizinkan aku kerap untuk menziarah pusara mereka. 2 factor yg jelas dan nyata dengan keadaan aku yg sedang sarat mengandung dan aku yg tinggal jauh. Kalo ada kesempatan, pasti aku akan menziarahi pusara mereka. Mungkin tidak semua orang dapat merasai kepedihan dan kesedihan yang kami adik beradik alami ...

My weekend ceritera ♥ ♡ ♥ ♡

Assalammualaikum dan salam sejahtera... oh sungguh skema bunyinyaaa... Alhamdulillah, pregnancy genap 30 minggu semalam... moreless lagi 2.5 bulan utk meneruskan perjalanan... aku berhrarap dipermudahkan semuanya, InsyaAllah. Atif, putera sulungku semakin agresif... mane mungkin dia mengerti yg mama dia sedang mengandung... Syukur atif membesar dengan sihat dan makin bijak. Ibu mane yg tak gembira dengan perkembangan positif anak mereka. Syukur alhamdulillah ya Allah dengan kurniaanMu yg tak ternilai ini... Semalam, kitaorg ofismate masa keje kat stand chart buat gathering kat seoul garden kl festival. Pada mula memang nak cari steamboat since location mestilah ditengah2 antara kami, kami sebulat suara memilih seoul garden di KL Festival. Bukan takde tmpt lain sbb aku request steamboat with grill... Semalam juga majlis kawen one of our cousin... takde picture taken since bateri hp kong... hehehe... tapi takpe la semoga pegantin tabah mengharungi alam perkahwinan dan semoga kekal ...

My dad, My superhero.... i love you ayah!

Bismillahirahmanirahim... Hari ni genap 10 hari arwah meninggalkan kami adik beradik selepas 7 hari arwah mama meninggal. Sungguh hebat tamparan serta dugaan yang kami terima. Masih bersedih atas pemergian arwah mama, giliran arwah ayah pula. Hari ini begitu sensitif bagi aku, sudah beberapa kali aku mengalirkan air mata merindui kedua-dua arwah ayah dan mama. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata tapi hati ini sgt pilu dan hiba... perasaan bercampur aduk. Ya Allah berikanlah hambaMu ini ketabahan dan kekuatan bagi menrmpuh dugaanMu ini. Ketika sekolah dulu, ayah selalu tiada kerana selalunya arwah akan ke luar negara mencari rezeki walaupun nasib jarang menyebelahi arwah. Semangat arwah yg kental dan susah untuk mengalah. Tapi arwah selalu mengambil berat ttg kami dan arwah hanya mahu ysng terbaik untuk keluarga kami. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah

My Pregnancy week 27.... Alhamdulillah...

Assalammualaikum dan selamat pagi...  Alhamdulillah kandungan dh cecah 27 weeks. Hati ini sedih dan tak keruan bila memikirkan anak ini tak berkesempatan berjumpa dengan atok dan nenek kerana mereka telah pun meninggal dunia ketika anak ini masih lagi dalam kandungan... Ya Allah sungguh hebat dugaan yg Engkau berikan. Engkau berikanlah kekuatan dan ketabahan pada diriku ini bagi menghadapi ujian dan dugaanMu. Atif pun masih kecil ketika ini utk mengetahui bahawa atok dan nenek yg amat menyayanginya sudah tiada lagi. Aku akan cuba besarkam atif sebaik mungkin spt mana arwah mama and ayah membesarkanku.