Posts

My weekend ceritera ♥ ♡ ♥ ♡

Assalammualaikum dan salam sejahtera... oh sungguh skema bunyinyaaa... Alhamdulillah, pregnancy genap 30 minggu semalam... moreless lagi 2.5 bulan utk meneruskan perjalanan... aku berhrarap dipermudahkan semuanya, InsyaAllah. Atif, putera sulungku semakin agresif... mane mungkin dia mengerti yg mama dia sedang mengandung... Syukur atif membesar dengan sihat dan makin bijak. Ibu mane yg tak gembira dengan perkembangan positif anak mereka. Syukur alhamdulillah ya Allah dengan kurniaanMu yg tak ternilai ini... Semalam, kitaorg ofismate masa keje kat stand chart buat gathering kat seoul garden kl festival. Pada mula memang nak cari steamboat since location mestilah ditengah2 antara kami, kami sebulat suara memilih seoul garden di KL Festival. Bukan takde tmpt lain sbb aku request steamboat with grill... Semalam juga majlis kawen one of our cousin... takde picture taken since bateri hp kong... hehehe... tapi takpe la semoga pegantin tabah mengharungi alam perkahwinan dan semoga kekal ...

My dad, My superhero.... i love you ayah!

Bismillahirahmanirahim... Hari ni genap 10 hari arwah meninggalkan kami adik beradik selepas 7 hari arwah mama meninggal. Sungguh hebat tamparan serta dugaan yang kami terima. Masih bersedih atas pemergian arwah mama, giliran arwah ayah pula. Hari ini begitu sensitif bagi aku, sudah beberapa kali aku mengalirkan air mata merindui kedua-dua arwah ayah dan mama. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata tapi hati ini sgt pilu dan hiba... perasaan bercampur aduk. Ya Allah berikanlah hambaMu ini ketabahan dan kekuatan bagi menrmpuh dugaanMu ini. Ketika sekolah dulu, ayah selalu tiada kerana selalunya arwah akan ke luar negara mencari rezeki walaupun nasib jarang menyebelahi arwah. Semangat arwah yg kental dan susah untuk mengalah. Tapi arwah selalu mengambil berat ttg kami dan arwah hanya mahu ysng terbaik untuk keluarga kami. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah

My Pregnancy week 27.... Alhamdulillah...

Assalammualaikum dan selamat pagi...  Alhamdulillah kandungan dh cecah 27 weeks. Hati ini sedih dan tak keruan bila memikirkan anak ini tak berkesempatan berjumpa dengan atok dan nenek kerana mereka telah pun meninggal dunia ketika anak ini masih lagi dalam kandungan... Ya Allah sungguh hebat dugaan yg Engkau berikan. Engkau berikanlah kekuatan dan ketabahan pada diriku ini bagi menghadapi ujian dan dugaanMu. Atif pun masih kecil ketika ini utk mengetahui bahawa atok dan nenek yg amat menyayanginya sudah tiada lagi. Aku akan cuba besarkam atif sebaik mungkin spt mana arwah mama and ayah membesarkanku.

My love, my heart, my mother, my besrfriend and my soulmate

Simply amazing women... itu ungkapan yg tepat utk arwah mama... sejak arwah dilahirkan pelbagai dugaan yg telah arwah lalui. Kalo ingat blk, mcm2 penyakitarwah dah alami tp arwah tak pernah mengeluh tapi hadapi dengan tenang. Begitu juga kalo arwah bhadapan ngan masalah. Arwah akam hadapi semua masalah dengan tenang. Arwah cukup istimewa. Membesarkan kami adik beradik seramai 5 orang yg umur beza hanya setahun seorang tnpa merungut tapi membesarkan kami adik beradik dengan penuh kesabaran dan kasih syg yg tak terhingga. Dikalangan kami adik beradik tiada yg dpt mewarisi ketabahan, kesungguhan dan kecekalan arwah. Dia terlalu istimewa. Tiada yg dpt menganti tempat dan ingatanku terhadap arwah. Arwah menghidapi penyaki kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pingang... bulan 9 tahun 2013 doktor menyarankan arwah mama melakukam dialisis bg mengatasi masalah buah pingang yg arwah hidapi. Sejak itu juga aku brenti kerja bagi menjaga arwah. Sejak kebelakangan ini memang tahap kesihatan...

Dalam kenangan... AL-FATIHAH

Image
Assalammualaikum... Bismilahhirahmanirahim... Pada 24/02/2014 lebih kurang pukul 7.45 pagi aku dikejutkan oleh husben mengatakan mama sudah tiada lagi. Ketika itu hati ini kosong. apa yang aku takuti telah pun terjadi. aku terus bergegas ke rumah mama. Hampir 1 jam 30 minit baru aku sampai kat rumah mama. Sesampai kati rumah, aku bergegas mendapatkan arwah. Ia ternyata benar aku dapatkan arwah mama sudah kaku tidak bernafas lagi. Pilu dan hiba sungguh perasaan ini. Mama pergi tanpa menunjukkan tanda-tanda mahu pergi cuma hanya mengadu sakit kaki sejak dua hari sebelum itu. Terkilan sungguh kerana tidak sempat berjumpa dan memohon maaf kat mama. Bayangkanlah aku dah jaga mama dari arwah dimasukkan ke hospital bulan Sembilan hingga saat akhir tapi pada ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, aku tak sempat berjumpa dengan dia.  Hingga kini, aku masih menganggap arwah masih hidup hanya pergi ke mane-mane. Sejak berhenti kerja dan menjaga arwah... mama bukan sekadar seor...

Pregnancy week 25 and baby spa

Assalammualaikum & salam syg... Alhamdulillah, skrg aku dh masuk week 25 sgt bersyukur dengan keadaan aku. Last week buat 3d 4d scan kat klinik Fauziah kat area Taman Watan, Ampang, Selangor. Sangat teruja cause ini kali pertama buat. Sgt berpuas hati and aku rase harga sangat berbaloi cuma RM120 kita dpt cd and gambar sekali. Kalau ada duit lebih, boleh buat detail scan sekali it cost you RM150.00. And if ada more and more extra money can do both... detail scan + 3d 4d scan total RM220 sahaja.Masa mengandung atif hanya scan biasa even time nak tahu gender baby. Naluri beria2 nak tahu jantina baby tapi pada hakikat tak kesah as long baby dalam keadaan baik and sihat. Mengandung pun dah bersyukur tak terhingga. My sister call last 2 days inform ada beli spa pakej untuk atif and azim untuk hari ni. Nasib baik jatuh hari hubby off day kalo tidak mcm mane nak handle si kecil dgn keadaan aku yg mengandung ni.... Name tempat tu Hippopo Baby Spa and Wellness terletak kat Centre Poi...

Pregnancy week 22

Assalammualaikum dan halooo dairy! Alhamdulillah kandung cecah 22weeks... cuma risau baby kurang gerak... but doc said its normal selagi belum 28weeks... next week ada appointment scan 3d 4d kat klinik fauziah ampang... tahu pun dari kenalan yg pernah buat.... cuma rm120 je siap cd! Curlastkan? Memang lumrah bila kita mengandung tak sabar2 nak tahu jantina baby... mcm aku hari tu genap 20 weeks terus g scan tapi doc kata tak nampak but maybe baby boy... tak kesahlah asalkan baby sihat.... sementara tu, lately kesian aku melihat putera kesayangku yg sorg tu... makan tak seselara sebelum ini dan kerap tak sehat.... harap2 dia akan kembali cergas and  ceria seperti sediakala..... so setakat ni cerita kali ni.. insyaAllah kita sambung lagi di masa akan datang.... love and hugs......