Hari-Hariku yang membosankan
Assalammualaikum WBT Alhamdulillah , sejak mama keluar dari hospital setelah ditahan diwad selama 10 hari akibat penyakit yang masih menjadi teka teki, belum dengar lagi mama cakap dia sakit perut atau sebagainya Itu yang aku doa setiap kali selepas solat agar Allah SWT menyembuhkan mama dari penyakit yang dia tanggung dan diberikan kesihatan yang baik.. InsyaAllah Aku tak boleh lalai dan InsyaAllah akan terus berdoa agar keadaan mama akan berterusan baik-baik sahaja sampai bila-bila Keadaan aku pun Alhamdulillah baik-baik sahaja cuma bila tak bekerja ni, aku kerap kebosanan dan mengalami kemurungan Memang sepatutnya macam-macam boleh aku lakukan tapi seperti tiada semangat untuk melakukan apa-apa rutin yang sama aku lakukan setiap hari hari berlalu begitu sahaja..hurm... sebelum berhenti kerja, macam-macam aku plan nak buat untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan yang sememangnya akan berkurangan melihat keadaan sekarang, plan tu semua aku terpaks...