Thursday, March 19, 2015

Bengkel baiki kereta yang terlajak murah...

haaa... mengancam tak tajuk...

Bila start keje balik ni, ada terbayang-bayang nak beli kereta baru... kereta skrg ni mcm tahu-tahu then meragam bertubi-tubi... start ngan roadtax mati, bateri kong, air cond rosak...

so nak dijadikan cerita, ada viral kat fesbuk pasal ada satu bengkel nearby puchong tu murah sebab jujur mcmtu... dengan aircond yg rosak hubs pergi la kat bengkel tu... owner cakap aircond dh rosak teruk and nak betulkan kene 2.5k... hamboi mahalnye... mana nak cekau byk tu?

disebabkan nak blk kampung naik kereta, nak taknak kene betulkan aircond kalo tak hubs kata nak balek naik bas.. oh nooo!

So, dengan kuasa Allah SWT, hubs dipertemukan dengan this one malay bengkel kat area rumah... hubs cakap ngan org bengkel air rosak bla bla bla... dia cakap, nk tgk dulu kalo dia boleh betulkan dulu tak, if mahal dia bgtau... what? for real? Hubs pun hantarlah kereta utk dibaiki... dengan penuh debaran, petang tu bengkel call bgtau dah siap... terus tnya hubs brape $$$$? hubs cakap sekali dengan servis 380! what? biar betik? gile murah... Alhamdulillah... affordable la kalo nak dibandingkan 2.5k... memang tak tercapai akal akan byr 2.5k utk betulkan kereta. serious ckp la memang takde duit byk tu...

So untuk sesiapa yg bajet mcm aku, boleh lah cuba bengkel terlajak murah tu... apa yg aku boleh ckp, nasib baik masih ada melayu yg jujur berniaga... Aku doakan semoga bisnes mereka semakin maju dan diberkati oleh Allah SWT, In sya Allah...

Kepada yang berminat bolehlah mencuba

AM AUTO ENTERPRISE


AM AUTO ENTERPRISE
25 & 26 GF, JALAN CUEPACS 5,
TAMAN KOPERASI CUEPACS
KAJANG, SELANGOR

TELEPHONE : 03- 8741 2070


Selamat mencuba!